PERANTI DAN PERKAKASAN KOMPUTER
PERANTI KOMPUTER
Peranti input:
1)Keyboard
Peranti input:
1)Keyboard
Keyboard berfungsi membenarkan pengguna memasukkan arahan perkataan, nombor dan simbol kepada komputer.
2)Mouse
Mouse ialah penunding (pointer) berfungsi menggerakkan arahan penunding untuk ditekan oleh pengguna.
3)Scanner
Scanner berfungsi menyalin dan membaca dokumen dalam bentuk teks dan gambar. Dokumen yang disalin akan bertukar kepada bentuk digital dan disimpan dalam komputer. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh komputer.
Peranti Output:
1)Monitor
Monitor berfungsi memaparkan output yang dikehendaki oleh sistem unit komputer.
2)Printer
Printer berfungsi mencetak pelbagai maklumat dalam bentuk dokumen (hard copy).
3)Speaker
Speaker berfungsi mengeluarkan arahan bunyi dari komputer.
PERKAKASAN KOMPUTER
1)CPU
CPU atau processor merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses data. CPU berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.
2)Motherboard
Motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casing bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa motherboard merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.
3)RAM(Random Access Memory)
RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off).
4)Hard Drive
Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.
5)Power Supply
Power supply merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan. Terdapat dua (2) jenis power supply iaitu 110v dan 240v.
6)Graphic Card
Graphic card berfungsi memproses serta menghasil gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3D, rekabentuk, dan games.
7)Optical Drive
Optical drive merupakan perkakasan yang menggunakan laser untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula data yang telah disalin pada cakera optik.
8)Casing
Casing merupakan tempat meletakkan perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular.
JENIS PERINGATAN BUNYI KOMPUTER
Peringatan bunyi komputer merupakan isyarat kepada pengguna sekiranya berlaku kesilapan pada komputer. Peringatan bunyi dikeluarkan oleh BIOS (Basic Input Output System) bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan. Terdapat dua jenis BIOS :
1) AMI BIOS
Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi Beep sekali - Kemungkinan RAM mempunyaimasalah / Defective atau Pemasangan RAM yang tidak betul. 6 Beeps - GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh keyboard yang defective ataurosak. 8 Beeps - Kemungkinan Kad Video mempunyai masalah / Defective atau Pemasangan Kad Video yang tidak betul. 11 Beeps
- Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam Motherboard. Periksa bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau habis.
2) Award BIOS
BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek - Menandakan Kad Video menghadapi masalah dan kemungkinan rosak. Boleh juga disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul. 1 Beep panjang , 3 Beep pendek - Terjadi disebabkan oleh keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan BIOS version 4.5. Beep yang berpanjangan (Continuos Beep)- Memory / RAM atau Kad Video tidak dipasang (Not Detected).
3) Phoenix BIOS
BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek
- Menandakan Kad Video menghadapi 1 Beep, 1 Beep, 4 Beeps - Disebabkan oleh BIOS yang tidak berfungsi (Malfunction). 1 Beep, 2 Beeps , 1 Beep - Disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective). 1 Beep, 3 Beeps, 1 Beep - Masalah yang disebabkan oleh RAM yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul 3 Beeps, 1 Beep, 1 Beep - Juga disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective) 3 Beeps, 3 Beeps, 4 Beeps – Kad Video yang tidak berfungsi atau disebabkan oleh pemasangan Kad Video yang tidak betul.
JENIS-JENIS MESEJ POST (POWER ON SELF TEST) MESEJ
Apabila system unit komputer dihidupkan maka POST akan mengeluarkan mesej pemeriksaan pada BIOS iaitu memastikan perkakasan seperti hard drive, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain berfungsi.
Keyboard Not Connected
Apabila keyboard tidak disambungkan atau rosak maka POST akan mengeluarkan mesej “Keyboard Not Found”.
BIOS Date
POST akan mengeluarkan tarikh BIOS asal yang dikeluarkan. Boleh dinaiktaraf menggunakan medium flash drive.
Processor Bus Speed Error
POST akan mengeluarkan mesej processor bus speed error disebabkan kesilapan tetapan.
Memory Module Incorrect Configuration
POST akan mengeluarkan mesej memory initialization warning disebabkan lebihan RAM yang tidak dapat dikesan pada sistem.
MANUAL ARAHAN PENGELUAR
Peralatan (Tools) hendaklah disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Ia sebagai langkah bagi memudahkan pengguna semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Proses penyelenggaraan hendaklah merujuk kepada kaedah dan keselamatan yang ditetapkan. Terdapat empat tahap pemasangan komputer iaitu :
Persiapan
Persiapan yang baik adalah memudahkan dalam pemasangan komputer bagi
menghindari permasalahan yang mungkin timbul. Persiapan meliputi aspek :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Persiapan komponen dan kelengkapan
c) Keselamatan
Penentuan Konfigurasi Komputer : Konfigurasi komputer iaitu penentuan jenis komponen dan fungsinya serta bagaimana komponen tersebut bekerja sebagai sebuah sistem komputer. penentuan komponen komputer dimulakan dari jenis prosesor, papan induk (motherboard) dan komponen lain-lain. Faktor kesesuaian (compatable) dari komponen terhadap papan induk harus diberi perhatian kerana setiap jenis papan induk mempunyai jenis prosesor, modul memori, port dan I/O bus yang berbeza.
Persiapan Komponen Dan Kelengkapan : Komponen komputer perlu disediakan terlebih dahulu dan peralatan kelengkapan adalah seperti :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Komponen komputer
c) Kelengkapan komponen seperti kabel, skru, jumper dan bolt
d) Buku manual dan rujukan
e) Alat bantu seperti skru driver flat dan Philips
f) Perisian sistem operasi , device driver dan perisian aplikasi
Keselamatan : Langkah keselamatan perlu diambil berat bagi menghindari seperti kerosakan komponen oleh elektrik statik, jatuh, chip patah, overheating dan tumpahan cecair. Pencegahan elektrik statik dengan cara menggunakan gelang anti stati atau menyentuh permukaan logam pada casing sebelum memegang komponen untuk membuang cas elektrik.
JTM Hub - Casino and Resort Spa - Missouri City
ReplyDeleteJTM Hub 양주 출장샵 is the 여수 출장안마 premier 의왕 출장샵 online 정읍 출장안마 casino experience and casino in Missouri City, offering you all the 천안 출장안마 fun of a classic casino, slots and poker games.