Pengenalan Kepada Asas Pengkabelan Rangkaian

1.0 PELAN SUSUN ATUR KABEL 

1.1 Point to Point Cabling

Rajah 1.1

Point to Point Cabling merupakan pengkabelan kaedah lama untuk mewujudkan sistem rangkaian. Pengkabelan jenis ini kebiasaannya dibahagikan kepada setiap kawasan. Ia memerlukan penggunaan jumlah kabel yang banyak kerana setiap penyambungan adalah secara berasingan. Pengkabelan jenis ini sesuai digunakan di bangunan kecil dan sederhana seperti pejabat dan sekolah.


1.2 Trunking
\Rajah 1.2

Trunking merupakan sebuah alat yang sesuai untuk menyimpan pelbagai jenis kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking melaraskan susun atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Kebiasaannya trunking dipasang di permukaan atas dan bawah dinding bangunan bertujuan memudahkan juruteknik membuat penarikan kabel baru dan penyelenggaraan baikpulih sekiranya berlaku kerosakan.


1.3 Horizontal Cabling
Rajah 1.3

Horizontal Cabling merupakan pengkabelan secara mendatar paling mudah dipasang sama ada semasa pembinaan atau pengubahsuaian sesuatu bangunan. Ia berpandukan kepada struktur bahagian setiap bangunan. Horizontal Cabling memerlukan penggunan trunking supaya memudahkan proses melaraskan kabel mengikut susunan yang telah ditetapkan.


1.4 Backbone Cabling
Rajah 1.4

Backbone Cabling merupakan satu kabel utama menghubungkan pembahagian antara ruang ke ruang dalam satu bangunan yang sama. Jenis kabel fiber optic sangat sesuai digunakan sebagai Backbone Cabling. Ini kerana kabel fiber optic bersifat lasak dan tahan lama sesuai untuk ditanam dalam dinding bangunan atau bawah tanah berdasarkan pelan yang dirujuk.


1.5 Campus Cabling
Rajah 1.5

Campus Cabling merupakan pengkabelan besar rangkaian kawasan setempat. Kampus terdiri daripada beberapa bangunan yang dibahagikan oleh bahagian dan jabatan seperti pejabat pengurusan, perpustakaan, dewan kuliah, asrama dan lain-lain. Pangkabelan bawah tanah (main hole) merupakan kaedah yang paling sistematik digunakan di kawasan kampus. Ia menggunakan kabel jenis fiber optic. Kaedah ini selamat dan memudahkan juruteknik sekiranya untuk membuat penarikan kabel baru atau proses penyelenggaraan. Setiap kabel melalui bawah tanah ini akan dilakukan proses penamatan(termination) kepada bangunan yang telibat.


2.0 JENIS-JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merupakan corak atau susun atur terhadap sesebuah rangkaian. Topologi terdapat dalam dua keadaan iaitu fizikal dan logikal. Topologi fizikal merupakan rekabentuk fizikal rangkaian dari segi lokasi dan pemasangan peranti serta kabel. Topologi logikal merupakan penghantaran atau pemindahan data dari komputer ke komputer dan ke peranti lain.


2.1 Topologi Bus
Rajah 2.1

Topologi Bus merupakan struktur rangkaian disambungkan dengan satu kabel backbone yang menghubungkan semua komputer dan peranti lain. Ia mempunyai titik permulaan dan penamat (termination). Setiap komputer dan peranti lain disambungkan kepada satu kabel. Proses penghantaran data adalah satu arah.
Kelebihan Topologi Bus
 Sekiranya salah satu terminal rangkaian tidak berfungsi, ia tidak menjejaskan yang lain.
 Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian mengikut keperluan.
Kekurangan Topologi Bus
 Pelanggaran data berlaku apabila lebih dari satu komputer menghantar data serentak dalam masa yang sama.
 Prestasi rangkaian terjejas dan perlahan sekiranya penambahan terminal.


2.2 Topologi Star
Rajah 2.2

Topologi Star merupakan struktur rangkaian menggunakan switch atau hub yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer dan peranti lain. Switch menguruskan penghantaran data yang diproses oleh komputer untuk di hantar ke komputer yang lain.
Kelebihan Topologi Star
 Kerosakan yang berlaku terhadap mana-mana komputer tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
 Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian mengikut keperluan.
 Prestasi rangkaian lancar dan cepat kerana diurus oleh switch.
Kekurangan Topologi Star
 Kos tinggi kerana memerlukan penggunaan switch dan kabel yang banyak.
 Sekiranya switch rosak, keseluruhan rangkaian tidak berfungsi.


2.3 Topologi Ring
Rajah 2.3

Topologi Ring merupakan struktur rangkaian sebuah bulatan seperti cincin. Setiap terminal dalam rangkaian bergantung di antara satu sama lain. Data yang dihantar melalui setiap terminal sehingga sampai ke terminal yang dikehendaki.
Kelebihan Topologi Ring
 Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses pada kadar yang sama rata.
Kekurangan Topologi Ring
 Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh rangkaian tidak berfungsi.
 Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh rangkaian.


2.4 Topologi Hybrid
Rajah 2.4

Topologi Hybrid merupakan struktur rangkaian secara gabungan tiga topologi iaitu Ring, Star dan Bus. A
Kelebihan Topologi Hybrid
 Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses pada kadar yang sama rata.
Kekurangan Topologi Hybrid
 Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh rangkaian tidak berfungsi.
 Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh rangkaian.



Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Penyambung Kabel Komputer

Penyelenggaraan Rangkaian Komputer