Jenis-Jenis Penyambung Kabel Komputer

1.0 JENIS-JENIS PENYAMBUNG KABEL KOMPUTER

1.1 Network Connector RJ45
Rajah 1.1


Registered Jack-45 atau RJ45 merupakan penyambung penamat bagi kabel rangkaian jenis UTP (Unshielded Twisted Pair) dan STP (Shielded Twisted Pair).

1.2 Phone Connector RJ11
Rajah 1.2


Registered Jack-11 atau RJ11 merupakan penyambung penamat bagi kabel telefon talian tetap yang kebiasaannya digunakan di rumah dan pejabat.

1.3 Power Cable

Rajah 1.3


Power cable atau power cord merupakan sumber utama yang membekalkan arus elektrik kepada komputer melalui power supply unit. Power cable juga digunakan untuk peralatan seperti monitor, printer, scanner dan peralatan elektrik yang lain.


1.4 USB
Rajah 1.4


USB merupakan soket yang digunakan untuk penyambungan peranti ke komputer. Pada masa kini terdapat banyak keluaran peranti yang menggunakan penyambungan USB seperti keyboard, mouse, pendrive,

printer, scanner dan lain-lain. Soket USB lebih laju berbanding soket yang lama seperti firewire, serial dan ps2. Terdapat tiga jenis soket USB berbeza dari segi kelajuan pemindahan data.

1.5 Monitor Cable


Monitor cable merupakan kabel penyambungan di antara monitor dan system unit berfungsi untuk memaparkan paparan yang terdapat dalam system unit komputer. Terdapat tiga jenis monitor cable berbeza dari segi keperluan naiktaraf.

1.5.1 VGA (Video Graphics Array)
Rajah 1.5.1



VGA merupakan jenis kabel monitor mempunyai 15pin penyambung. Penyambung jenis kabel VGA juga digunapakai kepada laptop, projector dan television.

1.5.2 DVI (Digital Visual Interface)

Rajah 1.5.2



DVI merupakan jenis kabel monitor dikeluarkan oleh Digital Display Working Group (DDWG). Penyambung jenis DVI menghasilkan paparan grafik secara terperinci dan kualiti kepada monitor. Sesuai digunapakai oleh pengguna yang melakukan kerja-kerja animasi 3D. Penyambung jenis DVI juga digunapakai oleh projector.

1.5.3 HDMI (High Definition Multimedia Interface)

Rajah 1.5.3



HDMI merupakan jenis kabel monitor berkualiti tinggi dari segi paparan dalam bentuk gambar dan video. Penyambung jenis HDMI menghasilkan dua bentuk aliran iaitu video dan audio dalam satu penyambungan. Sesuai digunapakai oleh pengguna yang melakukan kerja-kerja animasi 3D, video editing dan graphic designer. Penyambung jenis HDMI juga digunapakai oleh projector.

2.0 SUSUN ATUR PLUG

Susun atur plug memainkan peranan penting bagi penggunaan peralatan elektronik seperti komputer. Ia tidak boleh berkongsi dengan peralatan elektrik seperti pemanas air, sterika, microwave dan oven. Ini kerana setiap peralatan

elektrik dan elektronik menggunakan tenaga elektrik yang berbeza. Sekiranya berkongsi plug boleh berlaku litar pintas bergantung kepada ketahanan setiap peralatan. Terdapat tiga jenis plug yang digunapakai

2.1 Three (3) Pins
Rajah 2.1



Three (3) Pins plug adalah jenis standard yang digunapakai di negara Malaysia. Ia mempunyai tiga jenis wayar yang berlainan warna dan aliran iaitu earth, neutral dan live. Susun atur wayar hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Boleh rujuk buku manual sekiranya berlaku keraguan terhadap susun atur wayar tersebut.

2.2 Two (2) Pins
Rajah 2.2


Two (2) Pins plug juga merupakan jenis standard yang digunapakai di negara Malaysia. Ia mempunyai dua jenis wayar yang berlainan warna dan

aliran iaitu neutral dan live. Susun atur wayar hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Boleh rujuk buku manual sekiranya berlaku keraguan terhadap susun atur wayar tersebut.

2.3 International Adaptor
Rajah 2.3



International adaptor plug merupakan jenis mudah alih yang digunapakai kebiasaannya semasa berada di negara lain. Setiap negara menggunakan jenis plug yang berbeza kerana bergantung kepada pengeluar. Dengan terciptanya international adaptor pengguna boleh menggunakan peralatan elektronik buatan tempatan ke negara lain.

3.0 KEPERLUAN KESELAMATAN ELEKTRIK


Keperluan keselamatan elektrik aspek sangat penting kerana ia melibatkan nyawa pengguna. Badan manusia adalah pengalir elektrik yang sangat kuat. Semasa mengendalikan peralatan dan perkakasan komputer hendaklah diutamakan keselamatan untuk mengelakkan daripada sebarang bencana atau kemalangan.

3.1 ESD (Electrostatic Discharge)
Rajah 3.1



ESD membantu proses nyah elektrik antara pengguna dengan perkakasan komputer semasa mengendalikan kerja penyelenggaraan. Pengguna dapat mengelakkan berlakunya kejutan elektrik semasa menyentuh perkakasan komputer dengan tangan.

3.2 Anti-Static Computer Mat
Rajah 3.2



Anti-Static computer mat sebagai alat pelapik getah yang menjadi tempat pembersihan perkakasan komputer. Perkakasan komputer mesti diletakkan di atas alat pelapik getah untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan.

3.3 Safety Shoes
Rajah 3.3



Safety Shoes merupakan kasut yang diperbuat daripada getah pvc untuk mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan kemalangan semasa pengguna mengendalikan kerja penyelenggaraan.

4.0 PERSEDIAAN PERALATAN SISTEM KOMPUTER


Peralatan (Tools) hendaklah disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Ia sebagai langkah bagi memudahkan pengguna semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Proses penyelenggaraan hendaklah merujuk kepada kaedah dan keselamatan yang ditetapkan. Terdapat empat peralatan asas yang perlu digunakan semasa melakukan kerja penyelenggaraan komputer.

4.1 Screw Driver
Rajah 4.1



Screw driver berfungsi membuka screw pada casing komputer, perkakasan komputer dan motherboard sebelum melakukan kerja penyelenggaraan. Screw driver philips dan slotted merupakan jenis standard yang digunapakai.

4.2 Multi Meter
Rajah 4.2



Multi meter sejenis alat pengukur elektronik yang mengukur voltan, arus dan rintangan pada setiap perkakasan komputer.

4.3 Anti Electrostatic Wristband
Rajah 4.3



Anti Electrostatic Wristband membantu proses nyah elektrik antara pengguna dengan perkakasan komputer semasa mengendalikan kerja penyelenggaraan. Pengguna dapat mengelakkan berlakunya kejutan elektrik semasa menyentuh perkakasan komputer dengan tangan.

4.4 Vacuum Cleaner
Rajah 4.4



Vacuum cleaner berfungsi menyedut habuk dan kotoran pada setiap perkakasan komputer, komponen motherboard serta kipas yang terdapat pada casing.


5.0 KEBERSIHAN KAWASAN KERJA

Kebersihan merupakan perkara amat penting yang merupakan tanggungjawab setiap individu. Suasana yang bersih akan mewujudkan keselesaan dalam menjalankan tugas seharian. Tanggungjawab kebersihan ini bukan sahaja tertakluk kepada pihak yang membuat penyelenggaraan sahaja bahkan ianya menjadi tanggungjawab bersama semua. Oleh yang demikian, setiap pelatih dan kakitangan perlu menjaga kebersihan supaya persekitaran tempat kerja dan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan selamat. Keuntungan dari kebersihan yang baik adalah :
a) Kurang risiko kemalangan dan kecerderaan.
b) Kurang risiko kebakaran.
c) Tempat kerja lebih kondusif.

d) Kurang waktu yang terbuang untuk mencari perkakasan dan peralatan.

Comments

Popular posts from this blog

Penyelenggaraan Rangkaian Komputer

Pengenalan Kepada Asas Pengkabelan Rangkaian