Pengenalan Kepada Komputer


APA ITU KOMPUTER?

    Definisi Komputer

Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output. Istilah-istilah asas yang perlu diketahui apabila belajar mengenai komputer ialah :

a) Peranti
Peralatan yang disambung kepada sistem unit.

b) Perisian
Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan.

c) Data
Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan sebagainya.

d) Maklumat
Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.


KEPENTINGAN PENGGUNAAN KOMPUTER

    Pendidikan
· Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
· Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan   maklumat.

   Perbankan dan Perniagaan
· Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.
· Mengurangkan kos operasi dan masa.
· Meningkatkan mutu perkhidmatan.

        Kehidupan Harian Di Rumah
· Memudahkan pengurusan rumah.
· Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya
  kemudahan komputer dan internet serta televisyen.
· Komunikasi jauh boleh diwujudkan.

        Sektor Industri
· Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan.
· Membantu proses merekabentuk produk menggunakan perisian CAD.
· Membantu pekerja mengendalikan mesin.


PROSES KOMPUTER

      Input
Input merupakan aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data
dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti :
· Menaip data secara manual menggunakan keyboard.
· Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan mouse.
· Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan scanner.

   Proses
Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna.

   Output
Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.

Storan
Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan akan datang.



 PERISIAN SISTEM KOMPUTER

Sistem Operasi (Operating System)
Sistem operasi merupakan perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sistem komputer. Perisian sistem operasi mengawal dan menjalankan proses input / output pada sistem unit komputer. Ia juga mengesan dan mengaktifkan perkakasan seperti processor, motherboard, ram, hard disk dan optical drive. Perisian Sistem Operasi terdiri daripada :

Berlesen (Licensed)
Perisian berlesen merupakan perisian yang mempunyai satu persetujuan syarat-syarat hak penggunaan perisian tersebut antara pemilik dan pengguna. Pengguna hendaklah bersetuju dengan dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian tersebut.

Sumber Terbuka (Open Source) 
Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer dengan kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua pengguna dan untuk semua tujuan.

Suite Produktiviti (Productivity Suite) 
Suite produktiviti merupakan sekumpulan perisian untuk komputer yang terbahagi kepada empat (4) jenis perisian :

Pemproses Perkataan (Word Processing) 
Perisian jenis ini digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, memo, laporan dan kertas kerja. Contoh perisian ialah Microsoft Word dan Corel Word Perfect.

Hamparan Elektronik (Spreedsheet)
Perisian jenis ini digunakan untuk membuat pengiraan seperti anggaran kos perbelanjaan, perakaunan, analisis pelaburan dan penyata kewangan. Contoh perisian ialah Microsoft Excell.

Persembahan (Presentation)
Perisian jenis ini digunakan untuk menggabungkan eleman teks, gamber, bunyi, video dan animasi dalam bentuk slideshow persembahan. Contoh perisian ialah Microsoft Power Point, Star Office Impress dan Harvard Graphic.

Pengkalan Data (Database)
Perisian jenis ini digunakan untuk menyediakan rekod pengkalan data seperti rekod pekerja, rekod pelajar dan rekod pesakit. Contoh perisian ialah Microsoft Access.

Perisian productivity suite terdiri daripada :

Berlesen (Licensed) 
Pengguna dikehendaki membeli perisian berlesen dengan pengeluar yang terdapat di pasaran terkini. Diutamakan kepada pengguna pemilik syarikat berdaftar bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.

Sumber Terbuka (Open Source) 
Pengguna boleh mendapatkan perisian sumber terbuka secara muat turun melalui talian Internet. Diutamakan kepada pengguna peribadi yang tidak memiliki syarikat dan sebarang perkhidmatan perniagaan.

Aplikasi (Application)
Aplikasi merupakan perisian yang dicipta untuk melaksanakan fungsi tertentu secara langsung pada sesebuah komputer. Contoh perisian aplikasi ialah, Web Browser, Microsoft Office, Antivirus, Video Player, Audio Player, Photos Editing dan Games. Terdapat sesetengah perisian aplikasi yang telah tersedia ada pada komputer melalui pemasangan perisian sistem operasi. Sekiranya ada penambahan pengguna boleh memuat turun perisian aplikasi yang dikehendaki melalui talian Internet. Perisian aplikasi terdiri daripada :



Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Penyambung Kabel Komputer

Penyelenggaraan Rangkaian Komputer

Pengenalan Kepada Asas Pengkabelan Rangkaian