Posts

Showing posts from November, 2018

Pengenalan Kepada Perisian Operasi Dan Aplikasi Komputer

Image
1.0 PEMASANGAN (INSTALLATION) PERISIAN SISTEM OPERASI KOMPUTER 1.1 Jenis-jenis Perisian Operasi dan Versi 1.1.1 Belesen (Licensed) 1.1.1.1 Microsoft Windows Rajah 1.1.1.1 Microsoft Windows merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Microsoft. Hampir 90% pengguna komputer menggunakan perisian tersebut. Perisian ini bersifat mesra pengguna (user friendly) iaitu berdasarkan konsep paparan (interface) yang menarik dan mudah untuk dikendalikan bagi pengguna kali pertama. Dilengkapi dengan beberapa perisian aplikasi seperti Internet Explorer, Windows Media Player, Paint, Notepad dan lain-lain. Pengguna boleh membeli perisian berlesen Microsoft Windows secara terus dengan syarikat pengeluar atau agensi yang berdaftar. 1.1.1.2 Mac Os (Macintosh Operating System) Rajah 1.1.1.2 Mac Os merupakan perisian sistem operasi keluaran syarikat Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. Mac Os cuma beroperasi pada komputer keluarannya tersendiri sahaja se

Pengenalan Kepada Asas Pengkabelan Rangkaian

Image
1.0 PELAN SUSUN ATUR KABEL  1.1 Point to Point Cabling Rajah 1.1 Point to Point Cabling merupakan pengkabelan kaedah lama untuk mewujudkan sistem rangkaian. Pengkabelan jenis ini kebiasaannya dibahagikan kepada setiap kawasan. Ia memerlukan penggunaan jumlah kabel yang banyak kerana setiap penyambungan adalah secara berasingan. Pengkabelan jenis ini sesuai digunakan di bangunan kecil dan sederhana seperti pejabat dan sekolah. 1.2 Trunking \ Rajah 1.2 Trunking merupakan sebuah alat yang sesuai untuk menyimpan pelbagai jenis kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking melaraskan susun atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Kebiasaannya trunking dipasang di permukaan atas dan bawah dinding bangunan bertujuan memudahkan juruteknik membuat penarikan kabel baru dan penyelenggaraan baikpulih sekiranya berlaku kerosakan. 1.3 Horizontal Cabling Rajah 1.3

Pengenalan Kepada Perkakasan,Peralatan Dan Bahan

Image
1.0 KAJIAN PENYELEDIKAN TAPAK DAN KAWASAN Kajian penyelidikan tapak dan kawasan merupakan langkah yang perlu diambil sebelum projek pembangunan premis dilaksanakan. Ia bertujuan menilai kesesuaian tapak secara keseluruhan bagi pembangunan premis yang akan dicadangkan serta menyediakan satu rekabentuk yang sesuai, lengkap, ekonomi dan selamat. 1.1 Jarak Antara Siling dan Lantai Rajah 1.1 Penentuan jarak antara siling dan lantai merupakan langkah bagi mengawal saiz keseluruhan bangunan untuk menentukan peruntukan siling. Ia juga merujuk kepada keluasan keseluruhan ruang bagi muatan yang dirancang untuk memenuhi keperluan fungsi bagi sesuatu bangunan. 1.2 Cable Tray                                                                           Rajah 1.2 Cable Tray merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada logam. Terdapat dalam pelbagai jenis, saiz, ukuran dan warna. Cable Tray melaraskan susun a